Saturday, October 30, 2010

refleksi Jurnal minggu ke-13 tarian Singa & naga

Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia

Minggu kuliah hari merupakan kuliah yang terakhir pada semester ini, tetapi En Amran telah memilih tajuk yang paling menarik iaitu TArian Singa. Minggu ini semua orang datang kecuali Banca~~ sebab dia dah balik kampung dan kita mencipta cara untuk mengajar trill untuk gong Cina semasa main tarian Singa ialah " ban-ca ban-ca Kon" yeah !! cara baru ~~( jahat guna nama kawan heheh...)


Tarian Singa adalah sabahagian budaya atau adat warisan masyarakat orang Cina. Penari tarian ini akan meniru pergerakan Singa dengan menggunakan kostum Singa. Dan kostum singa ini dimainkan 2 orang penari iaitu 1 di depan dan 1 lagi dibahagian belakang kostum. Tarian ini diiringi oleh Gong, dengan pelbagai parterm rhythm.

Tarian singa ini bermula dengan cerita mitos Orang Cina,iaitu raksasa "nian", "NIan " ini merupakan seekor makhluk yang muncul pada musim bunga untuk makam orang dan memusnahkan harta benda pendudukan kampung. Setiap Perayaan tahun baru Cina ," nian " ini akan ke atas darat ( NIan tingal di dasar laut) untuk menyerang @ makan manusia dan merosakkan harta benda manusia... Jadi manusia telah menggunakan warna merah sebagai hiasan rumah dan membakar mercun, main gong dan gendang yang kuat untuk mengusir " nian " ini...tarian Singa "dadai"~(bahasa Iban )

Yang bawa ini adalah Link yang berkaitan dengan tarian singa. Sila click dan baca ~~

http://www.liondance.byethost3.com/Malaysia.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_singa
http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=467354
Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia

Minggu kuliah hari merupakan kuliah yang terakhir pada semester ini, tetapi En Amran telah memilih tajuk yang paling menarik iaitu TArian Singa. Minggu ini semua orang datang kecuali Banca~~ sebab dia dah balik kampung dan kita mencipta cara untuk mengajar trill untuk gong Cina semasa main tarian Singa ialah " ban-ca ban-ca Kon" yeah !! cara baru ~~( jahat guna nama kawan heheh...)

Tarian Singa adalah sabahagian budaya atau adat warisan masyarakat orang Cina. Penari tarian ini akan meniru pergerakan Singa dengan menggunakan kostum Singa. Dan kostum singa ini dimainkan 2 orang penari iaitu 1 di depan dan 1 lagi dibahagian belakang kostum. Tarian ini diiringi oleh Gong, dengan pelbagai parterm rhythm.

Tarian singa ini bermula dengan cerita mitos Orang Cina,iaitu raksasa "nian", "NIan " ini merupakan seekor makhluk yang muncul pada musim bunga untuk makam orang dan memusnahkan harta benda pendudukan kampung. Setiap Perayaan tahun baru Cina ," nian " ini akan ke atas darat ( NIan tingal di dasar laut) untuk menyerang @ makan manusia dan merosakkan harta benda manusia... Jadi manusia telah menggunakan warna merah sebagai hiasan rumah dan membakar mercun, main gong dan gendang yang kuat untuk mengusir " nian " ini...tarian Singa "dadai"~(bahasa Iban )


Maklumat yang selanjut sila ke laman web ini ; 10s q ~~

http://www.liondance.byethost3.com/Malaysia.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_singa
http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=467354

Tarian Naga

Tarian Naga " Wu Long " ialah bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina yang seperti tarian Singa. Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan Orang Cina yang disebut " Keturunan Naga" dan juga sebagai lambang indentiti etnik.
Dalam budaya orang Cina , NAga merupakan binatang bertuah sebagai "Lucky" kepada kekayaan. NAga juga mewakili kekuatan yang kekuatan dan juga nasib buruk dan mencegah jenayah. Tarian ini dimainkan oleh sekumpulan orang dan beratur dengan garisan sambil memegang dengan sebatang ' NAga". Orang yang pertama akan memengang kepala Naga dengan tiang. Dalam persembahan ini , penari-penari akan hadapan mengangkat , menceluo, membibas dan menyapu kepala naga . PAsukan tarian naga ini meniru apa yang dipercayai sebagai pergerakan sungai yang beralun-alun.




Saya rasa kuliah Minggu ini adalah yang paling menarik kepada kita, kerana saya yakin Orang yang kaum lain jarang tengok kehebatan tarian Singa .... dan sampai ke tahap antara bangasa.
Saya rasa bangga kerana saya adalah seorang kaum Orang cina ~~ 10 q
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 26, 2010

minggu ke 12 Gendang 24 musim 二十四节令鼓

Salam Sejahtera dan Salam Satu Maalaysia ~~

Minggu ini ialah minggu yang ke -12 tentang GENDANG 24 MUsim. GEndang 24 musim ini hanya terdapat di Malaysia sahaja.

Menurut calender cina ada 4 musim iaitu musim bunga, musim panas , musim luruh , dan musim sejuk . Pada ke 4-4 musim ini, bahagi lagi kepada 2 dalam sebulan jadilah 24 musim.
Selain itu 24 musim ini adalah mengingati kepada petani pertanian untuk menanam tanaman mereka semasa di Negara CIna dengan menanam, mambajak, menyemai , menuai dan aktiviti pertanian.

Gendang ini bermula di Malaysia semasa tahun1988 di negari JOhor , dan Gendang 24 merupakan keturunan bagi orang cina. Setiap Gendang ini terdapat namanya sendiri dengan mengikut musim -musim .
(立春-li chun,雨水-yu shui,惊蛰 jing zhe,春分 chun fen,清明 qing ming,谷雨 gu yu,立夏 li xia,小满 xiao man,
芒种 man zhong,夏至 xia zhi,小暑 xiao shu,大暑da shu,立秋 li qiu,处暑 chu shu,白露 bai lu,秋分 qiu feng,
寒露 han lu,霜降shuang jiang,立秋li qiu,小雪 xiao xue,大雪 da xue,冬至 dong zhi,小寒xiao han,大寒da han 。

Dengan seluruh persembahan ini hanya mengguna Gendang sahaja, iaitu gendang shigu dan daram tarian Singa dan gendang long-gu. Semasa persembahan GEndang ini , ia tertumpuh kepada cara main, tenaga pukul ( dynamic), parterm dan bermain deengan gagah . Biasa GEndang ini disembahkan semasa upaca majils, perbukaan majilis dan sebagainya.



Saya berasa bangga kerana saya sebagai warga Orang Cina di Malaysia. Dan Gendang 24 musim ini telah menjadi alat tradisional orang Cina di Malaysia ~~


Teruskan Membaca...

Tuesday, October 12, 2010

Refleksi Jurnal Minggu ke-11

Refleksi Minggu ke -11

Salam Sejahtera n Salam 1 Malaysia ~~

Wao.. tak sedar kita dah masuk pada minggu ke10 ini bersama dengan Lectura kita iaitu En Amran. Dengan sebelas minggu ini, kita telah belajar banyak ilmu tentang Music tradisional di Malaysia. Pada minggu ini , Pembentangan dijalankan seperti biasa tetapi minggu ini merupakan minggu yang sangat menarik perhatian saya, iaitu " wayang Kulit" . Kumpulan Yang membentangkan TAjuk ini ialah Kumpulan Amirul。

Pada hari itu , kumpulan ini bermula dengan demostrasi daripada para pemuzik UPSI serta ahli-ahli kumpualan wayang kulit sendiri. Dan ini merupakan kali pertama saya menonton wayang Kulit secara Live~ . Persembahan Wayang Kulit ini dijalankan dalam bilik Brassband dengan keadaan yang gelap( sebab wayang mar, jadi hendaklah gelap :P ). Dengan permulaan yang bergitu kreatif ini , telah mengukuhkan imput ilmu wayang kulit kepada setiap Pelajar. Semasa persembahan Wayang kulit ini , dapat respon pada penonton dengan bergelak ketawa kerana isi kandungannya mengatakan bahawa menyetai kuliah Muzik tradisional En Amran.
Semasa Persembahan wayang kulit ini, mereka menggunakan dialek Kelantan, jadi ada banyak bahasa Kelantan ini saya tidak faham ,walaupun kelas saya majoriti terdiri daripada orang Kelantan.TEtapi pementangan ini dijalankan dengan lancar dan bagus.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan TAniah Kepada kumpulan ini kerana telah menghasilkan Kerja yang berkualiti sebagai seorang Pelajar Muzik. Sekian terima kasih~~
Teruskan Membaca...

Tuesday, October 5, 2010

Refleksi Jurnal Minggu ke-10

Selamat sejahtera dan selamat 1 Malaysia~~

Cepatnya masa lalu, kita dah sampai Minggu ke-10 ini. Dengan beberapa minggu ini telah belajar banyak ilmu dan imput yang pelbagai tentang Musik tradisional ini ~~. Setiap kali sebelum perbentang, saya beraasa menanti-nanti untuk mendengar perbentang yang seterusnya atau perbentangan yang akan datang~ Pada minggu ini , ada 2 kumpulan berbentang iaitu Kumpulan NOBAT dan kumpulan ORCHESTRA CHINA 。

Pada sebelum ini, saya tidak pernah dengar apa itu ‘ NOBAT ' dan lagilah tak tahu muzik tradisional ini hanya permain di beberapa negari sahaja .. iaitu Selangor, Kedah , Kelantan dan Perak. Dan hanya di negari Perak NOBAT di persembahkan di dalam Istana sahaja. Muzik telah dikekalkan oelah Sultan Perak sejak pada zaman dulu pemerintahan, dan cara ini juga menganggap salah 1 cara untuk menggekalkan tradisi ini ke zaman sekarang. Saya mengucapkan Taniah !!!! kepada kumpulan ini, kerana mereka sanggup pergi ke Istana Perak untuk menjalankan Kajian Lapangan. Mereka telah pergi ke Istana Perak ini 2 kali. HAl ini kerana, maklumat NOBAT ini tidak senang untuk mendapatkan terutamanya Video semasa berbunyi NOBAT.

Kumpulan yang ke-2 adalah Kumpulan BAnca, iaitu kumpulan Orchestra China ,Sebelum ini, saya tidak Kenal atau tahu bahawa Orchestra Cina mempunyai pelbagai jenis instument adakan saya ini merupakan orang cina pun tak tahu. Dalam Presentation ini , saya tertarik pada instrument traditional String... iaitu Pi PA, Er Hu, Yang Qing, dan Zhong Ruan. Saya sangat berharap Faculty kita memiliki Instrument traditional Cina ...kerana instrument ini juga merupakan salah satu music traditional Malaysia . Faculty kita dah mempunyai banyak alat dan music traditional Melayu dan instrument barat , tetapi tidak ada Music traditional Cina dan India.. Kumpulan ini telah buat perbentang ini dengan baik dan jelas. Sebenarnya Music ini terdapat zaman dulu-dulu,dan tempat yang berbeza mempunyai music style yang berbeza juga. pada Akhirnya saya menggucapkan taniah kepada kumpulan ini... Well Done!!

Benda yang saya kecewa adalah masa perbentangan ini tidak cukup kerana setiap Kumpulan diberi 45 minit sahaja dan banyak maklumat yang hendak bentang tidak disampaikan kepada kita. Sekian Terima Kasih ~~ selangbai malam HIjau
Teruskan Membaca...

Tuesday, September 7, 2010

Jurnal refleksi minggu ke-8

JURNAL REFLEKSI minggu ke -8

Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Pensyarah kita-En Amran dan rakan -rakan SMT 2252 sekalian ~~


Pada minggu ini adalah minggu sebelum cuti Hari Raya, jadi ada sesetengah classmate sudah balik awal ke kampung .Minggu kuliah ini merupakan kuliah yang paling menarik bagi saya, kerana saya tidak pernah dengar music traditional "MENORA" dalam sebelum ini dan ia merupakan kali pertama kali untuk saya mengenali apa itu Music traditional "MENORA".Saya hendaklah mengucapkan taniah kepada kumpulan ini dan berterima kasih memberi imput yang baru kepada saya . Saya berasa kesal kepada mereka yang tidak datang ke kuliah ini kerana mereka telah kehilangan banyak maklumat dan pengetahuan atas tidak menghadiri kelas ini.

Perkara-perkara yang tertarik bagi saya adalah sebelum pembentangan, kumpulan ini telah menceritakan cerita Menora dalam sebuah persembahan video yang dilakon dan dihasilkan oleh ahli kumpulan mereka sendiri. Idea mereka begitu kreatif dan mehiburkan semua rakan -rakan. Setahu saya, mereka telah menjalankan 2 kali kajian lapangan mereka . Hal ini kerana kajian lapangan pertama mereka di Aswara, tetapi pensyarah itu lebih fokus pada muzik tradisional "MAk Yong". Jadi mereka terpaksa menjalankan kajian lapangan yang ke-2 ke UiTM. Satu lagi benda yang kreatif ialah , mereka telah mengambil gambar ahli kumpulan sendiri pada " Gerak Tari Menora'~~ dengan setiap jenis posture . Selain itu , cara pembentangan ini sangat menarik dan juga memberikan maklumatnya dengan terliti.


Akhirnya, saya sekali mengucapkan terima kasih kepada kumpulan ini dan Selamat Ari Raya Aidilfitri kepada En Amran dan rakan-rakan SMT 2252 serta Selamat bercuti......~~
Teruskan Membaca...

Monday, August 30, 2010

MINGGU 7 :JURNAL REFLEKSI

MINGGU 7 :JURNAL REFLEKSI pembentangan Hari Rabu

Salam Sejahtera dan saya mengucapkan tahniah kepada Kumpulan yang membentang Muzik tradisional Keroncong dan Kuda Kepang pada kuliah hari Rabu. Pada minggu itu , kedua-dua kumpulan telah memberi banyak input yang banyak kepada saya dan saya sedar bahawa ada banyak lagi perkara sebelum itu saya tidak tahui.

Kumpulan pertama membentangkan adalah tentang Muzik tradisional Keroncong . Kumpulan itu bersembah pembentangan mereka dengan baik dan lengkap dengan maklumat gambar serta rakaman video kerja lapangan mereka . Saya ada sikit jealous sebab kumpulan ini boleh boah kajian lapangan mereka di UPSI-
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan dengan senior- senior muzik. Manakala kajian lapangan kumpulan lain pula , hendak pergi tempat luar yang jauh. Keroncong merupakan salah satu elemen persembahan yang penting di FSM dan semasa convocation. Di FSM mempunyai sekumpulan pelajar yang mahir dalam persembahan keroncong ini. Melalui video yang ditayang, senior-senior telah menunjukkan cara permaianan keroncong dan memperkenalkan jenis- jenis alat muzik keroncong. Rakaman video itu ada sikit gangguang yang bising menyebabkan kita dengar kurang jelas. Selain itu ada beberapa benda hendak betulkan ialah dalam muzik keroncong, instument flute bukan ALTO Flute, manakala ia adalah c- flute .~~
.
ALTO flute

Kumpulan yang seterusnya ialah kumpulan yang membentang tentang Kuda Kepang. Kumpulan ini amat menarik bagi saya , kerana yang sebelum itu saya tidak tahu bahawa Kuda Kepang merupakan persembahan yang menyentuh pada " roh " dan "naik Syeh " .Namun bergitu , Bomoh juga merupakan salah satu pemain sebagai watak pemulih. Inilah sebab saya tertarik pada topik ini.
Selain itu , persembahan ini saya tidak pernah nampak sebelum ini. Perbentangan ini sangat bagus kerana ia terdiri daripada empat orang pelajar yang bukan mengambil pendidikan muzik dann seorang pelajar muzik . Namun demikian , mereka sanggup membuat kajian mereka di tempat yang jauh di Johor untuk temurama dengan EN Madi yang sebagai keturunan pemain Kuda Kepang. Saya didapati bahawa persembahan Kuda kepang adalah larang di Negari Johor, kemungkinan ia menyentuk kepada "roh kuda". Dalam perbentangan ini , kumpulan ini juga mengatakan pantang larang semasa bersembahan kuda kepang dan pemain atau penonton kuda kepang. Tetapi pekara yang saya kecewa adalah saya lebih suka jika perbentangan ini ada video persembahan kuda kepang kajian lapangan .

Melalui perbentangan ini , saya telah belajar input yang banyak dan mengetahui ilmu yang baru tentang muzik tradisional Malaysia ini. Saya rasa perbentangan kedua-kedua ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan tugas ini bukan tugasan yang mudah semasa menjalankan . Akhirnya saya berasa seronok dalam kuliah ini dan saya amat menanti-nantikan pembentangan kumpulan lain pada hari Rabu akan datang.
Teruskan Membaca...

Monday, August 23, 2010

refleksi Jurnal minggu ke-6



Jurnal Refleksi minggu ke- 6

Selamat Sejahtera kepada En Amran dan rakan -rakan sekalian. Pada minggu ini, En Amran telah bagi kita input yang banyak mengenai Mak Yong dan Kompang. Sasaran kuliah pada minggu ini ialah Sejarah, persembahan dan alat Musik , dan muzik dalam segi melody, bentuk dan iramanya. MAK YONG


Mak Yong adalah ketegori bentuk Seni lakon sama seperti Menora, makmulung dan jikey. Bentuk seni lakon yang sangat KUNO dengan lagenda dan nitos. Keempat-empat ini mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk indentiti dan keperluan dramatik yang berbeza. Mak Yong perupakan sejenis tarian tradisional Melayu dan ia merupakan sevagai bentuk drama- tari Melayu yang mengabungkan cerita teks percakapan yang formaldan teks percakapan Kelantan or Kedah , Perlis serta di kepulauan Riau - Indonesia. Mak Yong ini menggunakan pelakon Manusia dan persambahan biasanya utama dari segi dialog, tarian , Muzik vokal dan instrumental untuk kisah penceritaan.

Menurut En. Amran, Mak Yong berasal dari Patani (kini merupakan sebahagian daripada Thailand)yang tersebar luas di Semenanjung Malaysia Medan dan Kepulauan RiauLinggan di Indonesia. Sebelum 200 tahun, Mak Yong dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah. Selain itu , Mak Yong merupakan bertukaran dari Tradisi Intana ke Tradisi rakyat ( Folk Theater)



Persembahan
Terdapat dua jenis persembahan Mak Yung iaitu ritual dan persembahan. Upacara ritual dipersembahkan melalui Main Puteri bagi tujuan pemyembuhan penyakit diikuti persembahan sebagai sembah guru pada aras panggung sama dengan aras tanah. Manakala persembahan , Lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah yang beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung manakala pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai (Theater In The Round).



Lagenda MAk Yong biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar dan ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Mode Lagu persembahan Makyong terdapat beberapa langkah semasa menjalankan persembahan :

  1. Mengadap Rebab- semua pelakon memberi hormat kepada alat musik rabab
  2. Lagu Ela- menyampaikan cerita dan berita
  3. mengulit atau mengabul- membangkitkan perasaan halus
  4. Jembar atau mengampul- Membangkitkan peraan sedih
  5. Timang welu atau Kijang Emas- pergerakan berjalan.
  6. Sedayung PAkyung
  7. sang arau Pengyudah.- Menyudahi sesuatu persembahan.
Alat MUzik Mak Yong
Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Geduk ibu dan anak
- Gong ibu dan anak
- Serunai
- Gedombak ibu dan anak
- Canang
- Kesi

REBAB


Form Atau BEntuk
bentuk dan struktur lagu Mak Yong ditentukan dalam sistem gongan ( pusing jangka masa tertentu yang ditentukan o dengan pic-pic gong), Selain itu semasa persembahana muziknya dikawal oleh tetawak, dan Sistem gongan 8 bit , 16 bit, dan 32bit.
Irama
Irama Muzik Mak Yong menggunakan 4 tinble ( pak , Duk , cak,dan ting) dengan gaya meningkah (interlocking) .

Jenis-jenis makyong

§ Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.

§ Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.

§ Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.

§ Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).

§ Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.



Kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat melayu dan ialah kumpulan alat Muzik gendang . Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman dulu Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Kompang juga dikenali sebagai Dufuf , Daff , duff , tar atau bendir. MAnakala di INdunesia dipanggil terbang atau rebana.
Kompang biasanya berukuran dengan saiz enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri , Kumpulan Secara Ensemble ( nasyid , Marhaban) , ensemble orkestra lagu etnik kreatif, atau untuk merangsang semangat pasukan bertandingan.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Jenis Kompang:

  1. Kompang Hadrah ( negeri Perak)
  2. Kompang Johor/ Jawa
  3. Kompang Eizhar ( negeri Johor)
  4. Kompang Kelalang ( negeri Melaka)
Siaz Kompang




Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar kump c

SMP2252 holoahshin Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template