Monday, July 26, 2010

refleksi jurnal

Kuliah Minggu ke-2

Pada minggu kuliah kedua ini, saya belajar banyak ilmu yang diajar daripada Em Amran. Dengan situasi kelas yang sempit dan ramai orang, oleh itu saya kena ada kesabaran . Sebelum bermula, saya meminta maaf kepada semua, kerana Bahasa Melayu saya tidak seberapa baik. Jadi harap semua rakan boleh memahami.

Pada hari itu, saya pertama kali memahami apa itu " soundscape".Rupa-rupanya perkataan itu boleh dibahagikan kepada " sound " dan "scape" . "Soundscape "adalah satu bunyi atau kombinasi beberapa bunyi akustik seperti bunyi alam semulajadi, binatang, cuaca, serangga dan sebagainya. “ Sound” adalah bunyi @ suara yang kita boleh dapat dengan telinga, manakala“scape” adalah pemandangan yang kita boleh lihat pada mata. Maka, "soundscape" adalah pemandangan bunyi yang merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara.


Di samping itu, saya juga belajari bahawa budaya muzik ini berkaitan dengan cara kehidupan manusia seperti kepercayaan, adat resam,nilai extika dalam muzik yang dibawa @ dicipta oleh nenek moyang mereka. Pada zaman sekarang telah menjadi " Muzik Tradisional" .



Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan animisme.Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

Sejarah Muzik Tradisional pula, ia wujud sejak kurun ke-13. Terdapat persamaan alat muzik atau struktur muzik dan pengaruhi unsur-unsur Timur Tengah , India ,China, Thailand , dan sebagainya. Pada Zaaman Kurun ke-13, Tanah Melayu telah menjadi pusat perdagangan yang terkenal kerana likasi geografi yang baik,jadi menjadi tumpuan kepada para perdagangan dan peniaga. Oleh itu, tak hairanlah muzik luar negara ini, telah membawa masuk ke Tanah Melayu.

Pada ketegori alat muzik, terdapat empat jenis iaitu Kordofon, Membrafon, Aerofon dan Idiofon.

Idiophones -Rattle


Membranophones- sarung (gamelan )
v
Chordophones-string

Aerophones-serunai


Konsep Muzik atau struktur muzik terdiri daripada melody,meter( time signatura), harmony ton, form lagu, texture,dan expression. Atas ini adalah kensep yang paling asas untuk sebuat lagu.

Dengan Kuliah ini, saya sedar bahawa Muzik tradisional di Malaysia harus dihargai kerana ia merupakan budaya pada negara kita. Selain itu, budaya ini hanya wujud pada beberapa negara yang berkaitan sahaja. Dengan satu negara , satu budaya. Oleh itu , saya rasa Budaya muzik tradisional ini harus diwarisi oleh generasi kita yang muda ini. thank you~~
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar kump c

SMP2252 holoahshin Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template