Tuesday, August 10, 2010

refleksi Jurnal minggu 4

Salamt sejahtera kepada semua rakan-rakan SMT 2252~~
Sekali lagi minggu ini saya belajar benda baru iaitu tentang wayang kulit. Tetapi sebelum kelas bermula , En Amran menunjuk beberapa buah vedio tentang"shadow ".Ia sungguh menarik perhatian saya, kerana sebelum ini saya tidak pernah nampak.
Wayang kulit merupakan persembahan tradisional di Malaysia dan dan diiringi oleh muzik tradisional. Jadi objektif dan sasaran kuliah -4 ialah Jenis wayang kulit, Alat-alat music kulit dan perbezaan antara wayang kulit. Di Malaysia terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu
Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia sahaja. Muzik wayng kulit ini, merupakan teater tradisional kuno Malaysia, dan pengkisahkan Dalang dan Bayang-bayang patung di atas Kelir. Biasanya teater purba ini dimainkan dengan Orkestra tertentu dan mengiringi perak geri wayang. Wayang kulit ini mengandungi pelbagai repertoire lagu mengikut penceritaannya. Ciri-ciri yang untuk sebuah teater wayang kulit ialah seni Muzik, Hikayat, Lakonan, Pengetahuan Agama, dan Seni Lukis serta ukiran .
1. Wayang Kulit Jawa

Wayang Kulit Jawa dikenali sebagai wayang Purwa kerana ia berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Biasanya persembahan wayang kulit ini dipersembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor dan Selangor .Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji.
  1. Isi Cerita: cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India, tetapi cerita ini tidak ada memperlibatkan pengaruh cerita panji.
  2. Patung-patung : serupai patung wayang kulit Kelantan. boleh beza dari segi bentuk mata iaitu mata Jaitan untuk watak Pahlawan, mata pepelangan untuk jahat dan mata Prebes untuk watak pertapa
  3. Alat Muzik: Gamelan JAwa-Gong besar ( agong), sebiji gong suwukan, satu set saron gambang, lima biji Kempul, lima kenong , dua set ketok, sebatang rebab dan sebiji gendang.
  4. Bahasa: bahasa JAwa dan dialek Melayu tempatan
2. Wayang Gedek.

wayang kulit ini tertumpuh di kawasan Utara Semenanjung Melayu iaitu negeri Perlis dan Negari Kedah. Ia berasal dari Thailand dan bersaiz kecil.
  1. Isi cerita : Cerita Nong Talung dan babak-babak cerita yang populor masa kini.
  2. Patung-patung: pengaruh Nong Talung -segi Ukiran, Pakaian, hiasan dan seumpama.
  3. Alat muzik : Saw Oo ,Saw Duang, Geduk, gedombak, Klong Khaek , Pi Jawa, Ching , Chime Canang kesil kesil.
  4. Bahasa: Bahasa Siam
Saw Oo dan Saw Duang

3. Wayang kulit Melayu

wayang ini dipengaruhi oleh wayang Purwa dari Indonesia dan biasanya naungan RAja dan hiburan Bangsawan.
  1. Isi cerita: berdasarkan episod dari epik Mahabharata
  2. Patung-patung: persamaan dengan wayang purwo iaitu kedua-dua tangan boleh bergerak. Boleh membezakan perwatakan melalui kepala patung, iaitu patung baik biasanya menundukkan kepala kebawah dan tubuh kecil。 Manakala perwatakan kasar dan sombong lazimnya berhidung besar dan mendongak ke atas.
  3. Alat muzik: Rebab, Gendang ibu dan Anak, mong , canang, Kesi, dan gong.
  4. Bahasa: Bahasa Jawa dan dialek Melayu
Wayang Kulit Kelantan.

Wayang ini adalah teater rakyat yang sangat gemari dan popular iaitu Cerita Melayu, Cerita Panji dan cerita tempatan.
  1. Isi cerita: kisah Hikayat Seri Rama dan Epik Ramayana tradisi India.
  2. Patung-patung: persamaan dengan patung Patani dan diukir dalam bentuk mengiring dan hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil alat senjatan atau kebesarab
  3. Alat muzik :Geduk, gendang, gedumbak, serunai, canang, kesi,dan tetawak.
  4. Bahasa :Dialek Kelatan yang mempemarkan pengaruh Patani.

Saya rasa saya amat bertuah dalam kelas muzik tradisional ini ,kerana saya belajari dan menkaji lebih dalam wayang kulit ini. Saya harap tradisi wayang kulit dapat diwarisi dan dihayati oleh generasi muda yang akan datang . ~~
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar kump c

SMP2252 holoahshin Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template