Monday, August 16, 2010

refleksi Jurnal minggu k3-5

Selamat Datang ~~

Selamat Sejahtera kepada En . Amran dan semua rakan-rakan.

Pada minggu ke-5 ini, saya telah dapat banyak input-input yang baru tentang Gamelan dan Caklempong . Selain itu , En Amran juga mendedahkan banyak istilah dan alat instument yang yang saya tidak tahu pada minggu ini. Objektif pada minggu ini ialah Sejarah dan Jenis-jenis Gamelan , Alat muzik GAmelan , sistem tonal, melody, bentuk dan tekstur. Sebelum kita bermula kelas, En Amran telah menayangkan video ini :



Berdasarkan Vedio diatas merupakan Gamelan Bali, Ia berlainan dengan gamelan yang lain iaitu hanya gamelan ini bermain di luar bilik ( outdoor) kerana Gamelan ini mengeluarkan bunyi yang kuat (Logam yang tebal sehingga dapat suara nyaring) dan sering mengalami perubahan tempo dan dinamik. Selain itu, Gamelan ini banyak instument berbilah daripada berpencu. Gamelan Bali menggunakannya sejenis simbal yang disebut ceng-ceng. Ceng-ceng inilah yang berbunyi nyaring dan cepat sehingga membuat musik Bali berbeda dari musik Jawa. Contoh Audio-
http://www.balimusicanddance.com/multimedia/audio



Gamelan
Gamelan berasal dari Bahasa JAwa " Gamel" bermaksud ditabuh atau dipukul,kerana peralatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan alat perkusi yang dibunyikan dengan cara ditabuh dan dipukul. Kebanyakan alat muzik Gamelan ini diperbuat daripada perunggu dan katu besi, dan buluh, Alat-alatnya mempunyai larasan yang tetap atau " fixed tuning". Gamelan juga boleh bermain dalam ensembel secara berkumpulan .

Sejarah Gamelan Melayu
Gamelan ini wujud semenjak T.M.1 . Alat yang pertama dicipta ialah Gong dan alat - alat yang lain dicipta mengikut peredaran zaman. Gong merupakan alat yang penting sebagai tanda upacara bermula arau sesuatu peristiwa berlaku .Gamelan dipercayai berasal dari Indonesia , tetapi terdapat juga alat Game;lan yang serupa di negari jiran seperti Filipina , Thailand , Cambodia dan sebahagian di Vietnam. Di antaranya Kulintangan di Sabah dan Sarawak, Brunei, Minadanao dan Celebes. Namanya mungkin berbeza dari segi satu tempat ke tempat lain tetapi bentuk alat susunanya lebih kurang sama~~
Maklumat yang lanjut sila rujuk :

http://akulelakiitu.multiply.com/journal/item/138/Traditional_Gamelan_Dance_Tarian_Gamelan

http://gamelanukm.blogspot.com/2005/09/gamelan-alat-alat-gamelan-terengganu.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gamelan
http://en.wikipedia.org/wiki/Gamelan

GAmbar atas: Keluarga di Raja pahang Che Zubaida dan Sultan Ahmad Syah

Gamber diatas :
keluarga di Raja Terengganu Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan Mariam
Sila rujuk Link berikut: Gamelan Melayu
http://gamelanukm.blogspot.com/2005/09/gamelan-alat-alat-gamelan-terengganu.html


sistem Talaan untuk Gamelan Melayu

Gamelan Jawa
GAmelan ini dikategorikan dalam musik Bentuk Tarian dan juga ada penyanyi perempuan dan lelaki. Gamelan ini berasal dari Pulau Jawa Tengah dan dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan orang Eropah. Kesenian merangkumi tarian, wayang kulit pruwa, kuda kepang. Gamelan ini biasa wujuk di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia dan pelbagai tarian dan wayang JAwa masih diringan Gamelan JAwa. TArian yang diiringan oleh Gamelan JAwa ialah Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan cakil, Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiring Riog , Barungan dan Kuda Kepang . Selain itu , Gamelan jawan ini juga disempahkan semasa Majlis Perkahwinan Berkhatan dan sebagainya. Gamelan ini boleh didapati di Negari Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan , ia berfunfsi dalam kehidupan rakyat sebagai permainan rakyat dan bukannya terhad untuk persembahan istana.




Video: tarian Lilin


Tekstur muzik gamelan adalah Polifoni iaitu bermakna gubahan yang mempunyai banyak lapisan suara dan bentuknya yang berulang. Setiap frasa diulang muziknya dan bergerak dalam bentuk bulatan.


Caklempong
Caklempong dikenali sebagai telempong , tak lempong , ia berasal dar Minangkabau. Biasaya kita boleh dapat lihat semasa mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, Majlis perkahwinan dan keramaian . Selain itu juga terdapat dalam drama tarian randai. Di dalam tradisi zaman dulu, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat
Maklumat yang selanjut sila rujuk kepada link di bawah ini:
Webside ini telah menjelaskan sejarah caklempong, jenis-jenis caklempong dan cara-cara untuk main caklempong. Selain itu Webside ini juga menjelaskan Notasi Caklempong, Skel , Irama dan form lagu caklempong serta melody dan tekstur caklempong.

  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Cak_Lempong
  • http://worldcaklempong.blogspot.com/


  • http://www.youtube.com/watch?v=E3R6BPpys-I
Akhirnya, video inilah yang saya paling suka kerana Caklempong ini dimain oleh Malaysia Musician .Video ini saya tidak dapat tagged ,mungkin ada masalah teknikal. Permulaannya bermula dengan instrument Bangsi. Music ini agak tertumpuh kepada lagu yang macam seni teater. Dalam video ini, mereka telah mengubah carabermain caklempong dengan kreatif ( tambah dengan unsur seni teater) . Semasa 5.09 minit , bergabung dengan instrument barat, iaitu String , Flute dan brass instument.




Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar kump c

SMP2252 holoahshin Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template