Tuesday, August 3, 2010

Refleksi jurnal Minggu ke-3

Minggu ke-3 refleksi Jurnal

Dalam minggu ke-tiga ini, kuliah ini adakan di bilik Brassband.Kelas pada minggu ini agar seronok dan belajar banyak ilmu baru tentang muzik tradisional Malaysia ini.

Pada minggu ke-3 ini, saya telah belajari 3 perkara tentang muzik tradisional Malaysia iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, ketegori muzik tradisional Malaysia,dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia. Kelas ini dimulakan dengan kebezaan muzik tradisional iaitu ADAPTATIONAL dan IDIOSYNCRATIC. Adaptational ialah penyesuaian dari segi bentuk atau gaya semasa persembahan itu . Selain itu, seseorang pencipta mencipta alat muzik secara Fisiologi mereka atau penyesuaian mereka. Kemungkinan alat muzik yang kita jumpa itu adalah sama semasa kita lihat, tetapi cara persembahan atau cara bermain adalah berbeza mengikut setiap budaya yang berlainan dari segi suara ,perbuatan dan mode Muzik. Misalnya, di Malaysia terdapat pelbagai jenis ghazal, antaranya ghazal phati dari utara dan ghazal Johor dari Johor. walaupun kedua-duanya adalah ghazal tetapi ianya di persembahkan dengan cara dan gaya yang berlainan mengikut negeri. Manakala Idiosyncratic ialah muzik ini masih kekal sama walaupuan berada di tempat yang berlainan dan bersifat semula jadi .Contohnya alat muzik gambus berasal dari negara di timur tengah dan kemudian berhijrah ke dunia melayu pada abad ke 14, walaupun berasal dari timur tengah, tetapi kita cuba menyesuaikannya dengan cara dan adat kita di sini.



Klasifikasi alat muzik bahagi kepada 3 jenis budaya iaitu Cina, India , dan Barat. Dengan ini, masyarakat Cina alat muzik boleh diklasifikasikan kepada 8 kumpulan asas iaitu logam, batu, kain, tanah, kulit, labu kering, buluh dan kayu. Alat muzik budaya masyarakat India diklasifikasi gong. simbal, Loceng, gendang , alat tiupan.alat bertali,dan Natyashatra. Malakala muzik budaya barat diklasifikasikan kepada 4 jenis, iaitu Idiophone, membranophone, aerofon, dan kordofon.( Selain itu , malat muzik barat di klasifikasi kepada alat muzik perkusi, alat muzik bertali dan alat muzik tiupan) Kebiasaan ketegori ini diklasifikan dalam alat-alat muzik Ensemble seperti Simfoni, Wind Orkestra, Pop orkestra,Brassband dan etc.

Muzik Tradisional Malaysia dipengaruh daripada dua tradisi ,iaitu besar dab kecil.Tradisi besar ialah pengaruh dari budaya klasik atau Istana , manakala Tradisi kecil dipengaruh daripada budaya rakyat. Namun ini , muzik tradisional malaysia ini bahagi kepada 4 kategori utama , iaitu Muzik Rakyat, muzik klasik , muzik Sinkretik dan muzik kontemp.

Dalam kuliah ini saya juga belajari enam ciri-ciri muzik tradisional malaysia:
1) Bentuk seni lakon utama


2) Bentuk tarian utama


3) ensembel Genderang
4) Vokal dan intrumental solo
5) ensembel sosial popular
6) ensemble lain
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar kump c

SMP2252 holoahshin Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template