Monday, August 23, 2010

refleksi Jurnal minggu ke-6



Jurnal Refleksi minggu ke- 6

Selamat Sejahtera kepada En Amran dan rakan -rakan sekalian. Pada minggu ini, En Amran telah bagi kita input yang banyak mengenai Mak Yong dan Kompang. Sasaran kuliah pada minggu ini ialah Sejarah, persembahan dan alat Musik , dan muzik dalam segi melody, bentuk dan iramanya. MAK YONG


Mak Yong adalah ketegori bentuk Seni lakon sama seperti Menora, makmulung dan jikey. Bentuk seni lakon yang sangat KUNO dengan lagenda dan nitos. Keempat-empat ini mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk indentiti dan keperluan dramatik yang berbeza. Mak Yong perupakan sejenis tarian tradisional Melayu dan ia merupakan sevagai bentuk drama- tari Melayu yang mengabungkan cerita teks percakapan yang formaldan teks percakapan Kelantan or Kedah , Perlis serta di kepulauan Riau - Indonesia. Mak Yong ini menggunakan pelakon Manusia dan persambahan biasanya utama dari segi dialog, tarian , Muzik vokal dan instrumental untuk kisah penceritaan.

Menurut En. Amran, Mak Yong berasal dari Patani (kini merupakan sebahagian daripada Thailand)yang tersebar luas di Semenanjung Malaysia Medan dan Kepulauan RiauLinggan di Indonesia. Sebelum 200 tahun, Mak Yong dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah. Selain itu , Mak Yong merupakan bertukaran dari Tradisi Intana ke Tradisi rakyat ( Folk Theater)



Persembahan
Terdapat dua jenis persembahan Mak Yung iaitu ritual dan persembahan. Upacara ritual dipersembahkan melalui Main Puteri bagi tujuan pemyembuhan penyakit diikuti persembahan sebagai sembah guru pada aras panggung sama dengan aras tanah. Manakala persembahan , Lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah yang beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung manakala pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai (Theater In The Round).



Lagenda MAk Yong biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar dan ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Mode Lagu persembahan Makyong terdapat beberapa langkah semasa menjalankan persembahan :

  1. Mengadap Rebab- semua pelakon memberi hormat kepada alat musik rabab
  2. Lagu Ela- menyampaikan cerita dan berita
  3. mengulit atau mengabul- membangkitkan perasaan halus
  4. Jembar atau mengampul- Membangkitkan peraan sedih
  5. Timang welu atau Kijang Emas- pergerakan berjalan.
  6. Sedayung PAkyung
  7. sang arau Pengyudah.- Menyudahi sesuatu persembahan.
Alat MUzik Mak Yong
Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Geduk ibu dan anak
- Gong ibu dan anak
- Serunai
- Gedombak ibu dan anak
- Canang
- Kesi

REBAB


Form Atau BEntuk
bentuk dan struktur lagu Mak Yong ditentukan dalam sistem gongan ( pusing jangka masa tertentu yang ditentukan o dengan pic-pic gong), Selain itu semasa persembahana muziknya dikawal oleh tetawak, dan Sistem gongan 8 bit , 16 bit, dan 32bit.
Irama
Irama Muzik Mak Yong menggunakan 4 tinble ( pak , Duk , cak,dan ting) dengan gaya meningkah (interlocking) .

Jenis-jenis makyong

§ Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.

§ Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.

§ Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.

§ Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).

§ Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.



Kompang


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat melayu dan ialah kumpulan alat Muzik gendang . Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman dulu Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Kompang juga dikenali sebagai Dufuf , Daff , duff , tar atau bendir. MAnakala di INdunesia dipanggil terbang atau rebana.
Kompang biasanya berukuran dengan saiz enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri , Kumpulan Secara Ensemble ( nasyid , Marhaban) , ensemble orkestra lagu etnik kreatif, atau untuk merangsang semangat pasukan bertandingan.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Jenis Kompang:

  1. Kompang Hadrah ( negeri Perak)
  2. Kompang Johor/ Jawa
  3. Kompang Eizhar ( negeri Johor)
  4. Kompang Kelalang ( negeri Melaka)
Siaz Kompang




Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar kump c

SMP2252 holoahshin Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template